Polis Bentong kesan kenderaan pacuan empat roda memotong di garisan berkembar
BENTONG – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai memotong di garisan berkembar di Jalan Janda Baik, Bentong, pada Selasa.
Kejadian itu tular di media sosial berdurasi 45 saat memaparkan kenderaan itu yang memotong di garisan berkembar melalui akaun Tik Tok @ohbulanofficial.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, Polis Bahagian BSPT telah menjalankan siasatan awal mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda itu dan akan memanggil pemandu tersebut untuk memberi keterangan.
“Jika didapati bersalah, pemandu pacuan empat roda tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah Kaedah-kaedah Lalulintas 167/59 iaitu Rule 12(3)(a).
“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 2000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan penjara,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Zaiham kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang- undang jalan raya itu untuk tampil memberi maklumat.
Beliau juga menasihatkan semua pengguna jalanraya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta tidak mementingkan diri sendiri.-SAHIH.
Foto : Tangkap layar daripada video aplikasi Tik Tok
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Datuk Seri Abdul Rahman di gerai pameran dan jualan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Mini Karnival Usahawan Desa, di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis, hari ini.
Mini Karnival Usahawan Desa pemangkin lahir usahawan luar bandar
LIPIS – Penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai inisiatif melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan menerusi bimbingan dan kursus yang dilaksanakan di bawah kementerian itu.
Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, program Mini KUD itu untuk meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar dalam meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.
Peraduan mewarna kanak-kanak antara aktiviti yang diadakan di KUD di Kuala Lipis.
“Selain itu KUD menjadi medium mewujudkan akses pasaran produk serta perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli.
“Menerusi pameran di Mini KUD ini, pengunjung boleh mendapat penerangan berkaitan pelbagai program keusahawanan dan pembangunan ekonomi serta kemudahan pembiayaan perniagaan serta peluang yang disediakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau aktiviti gerai jualan usahawan dan pameran agensi di Mini KUD @ Lipis di Dataran Orang Kaya Haji, Lipis, hari ini.
Katanya, program itu disertai enam agensi di bawah KPLB iaitu Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felcra Berhad, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). .
“Program empat hari ini mendapat sokongan dan kerjasama Majlis Daerah Lipis (MDL) dan dijangka 5,000 pengunjung akan hadir setiap hari dengan nilai jualan tunai lebih RM200,000 sepanjang empat hari.
“Sebanyak 130 usahawan dari pelbagai agensi di bawah KPLB dan usahawan tempatan di bawah kelolaan Majlis Daerah Lipis menyertai program ini dari kategori makanan dan minuman, pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, kecantikan dan kesihatan, kraftangan, produk pertanian, penjaja kecil makanan dan minuman,” katanya.
Katanya, tidak ketinggalan pilihan kemasukan dan pendaftaran kolej-kolej di bawah Institut Pendidikan MARA (IPMa) iaitu IKM, KKTM, UniKL, GiatMARA dan Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA.
“Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan percuma seperti gunting rambut, penyelenggaraan motor serta Water Transfer dan Air brush oleh pelajar GiatMara.
“Melalui perkhidmatan berkenaan, kita mahu tunjukkan pelajar yang mempelajari kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) khususnya di GiatMara, mampu menggunakan kemahiran mereka seterusnya menceburi kerjaya sebagai usahawan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang Asli Pahang perlu berubah dan berani bersaing dalam bidang pertanian
JERANTUT – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang mahu Orang Asli sebagai penduduk pribumi di negeri ini berani berubah dan bersaing dengan kaum lain khususnya dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan Sekuriti Makanan Negara.
Orang Asli di negeri ini disarankan menceburi diri dalam bidang pertanian terutama penanaman durian selain tanaman pertanian lain yang diusahakan sebelum ini.
Timbalan Pengarah JAKOA, Ahmad Marzuki Salleh, Orang Asli kena berubah sikap, berusaha serta merancang dalam apa jua bidang yang kita ceburi dengan tidak seratus peratus bergantung kepada bantuan.
Timbalan Pengarah JAKOA, Ahmad Marzuki Salleh berkata, pertanian memang dekat dengan masyarakat Orang Asli, sewajarnya berani berubah dengan menceburi diri dalam tanaman durian di kawasan penempatan mereka.
“Diharap kita (Orang Asli) kena berubah sikap, berusaha serta merancang dalam apa jua bidang yang kita ceburi dengan tidak seratus peratus bergantung kepada bantuan, kita sudah biasa dalam bidang pertanian, tidak ada masalah untuk berubah menanam durian.
“Peringkat awal memang kita kena dibantu, tetapi selepas sesuatu tempoh kita perlu berusaha sendiri memasarkan produk atau hasil kita untuk mendapat perhatian orang luar,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penutup rasmi Kursus Agronomi Tanaman durian anjuran JAKOA dan Jabatan Pertanian Pahang di sini, hari ini. Turut hadir, Pegawai Pertanian Daerah Jerantut, Rafeah Rabiatun Othman.
Katanya, kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sangat mengambil berat berkaitan dengan kebajikan Orang Asli.
“Datuk Seri Wan Rosdy mahu perbanyakkan pelbagai bantuan dan juga kursus serta latihan kemahiran kepada masyarakat Orang Asli bagi meningkatkan gaya dan tahap hidup masyarakat.
“Kita tidak boleh sentiasa mengharapkan bantuan, tahun 2022 sangat mencabar dan kita perlu sedia berhadapan dengan situasi semasa negara dan dunia,” katanya.
Kamaruddiin A/L Samad pernah diejek dari rakan sekampung kerana menanam durian.
Wakil peserta kursus dari Kampung Gedik, Kuantan, Kamaruddiin A/L Samad berkata, pengalaman mengikuti kursus itu memberi banyak manfaat kepada peserta terutama pada suku kaum yang datang dari seluruh Pahang.
“Saya pernah menanam durian 20 tahun lalu telah mendapat ejekkan dari rakan sekampung, mereka pemperkatakan hasil durian murah apabila berlaku lambakkan durian.
“Rupanya, durian boleh juga menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kosmetik, selain produk berasakan makanan seperti crepe durian, di kursus ini kami banyak didedahkan cara pembuatannya,” katanya.
Katanya, dia berterima kasih kepada tenaga pengajar daripada Jabatan Pertanian yang menyampaikan ceramah dengan santai dan mudah difahami dan ini memberi semangat kepada mereka untuk melaksanakan apa yang telah disampaikan nanti.
Seorang peserta kursus, Joti a/p Ramli daripada Pos Manson, Cameron Highlands berkata, walaupun dia sudah ada sedikit pokok durian di kebunnya tetapi kehadirannya di kursus membuka matanya dalam penjagaan kebun durian.
“Selain pembajaan yang betul, kursus ini memberi pendedahan berkaitan dengan merawat pokok durian, cara perlindungan daripada serangga.
“Selama ini, saya tahu membaja sahaja, malah tidak mengetahui penggunaan baja yang betul bagi mendapatkan hasil yang berbaloi,” katanya.
Katanya, durian juga boleh dieksport keluar negara dengan kaedah yang canggih dan betul dan mempunyai pasaran yang luas ke luar negara.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Durian Kampung Premium Jerantut bakal jadi rebutan penggemar durian
JERANTUT – Durian Kampung Premium (DKP) jenis Emas Hijau dan Naga Emas hasil keluaran Kampung Damak setanding dengan durian Musang King dari segi rasanya lemak manis serta sedikit pahit malah seakan-akan isi melekat di kerongkong dan tekstur yang menjadi pilihan penggemar durian tegar.
Sabri, di belakangnya terdapat kira-kira 2,000 anak benih baka pokok durian Emas Hijau
Pemilik kebun durian jenis Emas Hijau ini, Mohd. Sabri Majid, 50, apabila durian jenis ini mendapat perhatian ramai pelanggan di Kampung Damak mula mencari dan menunggu setiap musim durian serta penggemar durian daripada luar daerah.
Sabri berkata, dia tidak menjangka durian yang ditanamnya pada 30 tahun lalu dan ditanam dengan semaian biji di kawasan kebun di rumahnya menjadi Durian Kampung Premium (DKP) terbaik di Pahang dua tahun lalu.
“Durian yang dikenali dengan nama Mas Hijau kerana warna isinya yang kekuningan emas dan kulit berwarna hijau mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Durian Kampung Premium 2020 lalu.
“Keunikan Mas Hijau mempunyai aroma serta rasa lemak manis, sedikit pahit dengan tekstur halus seperti ‘aiskrim’ sehingga menjadi pilihan utama penggemar raja buah dan pelanggan di sekitar Kampung Damak dan bandar Jerantut,” katanya.
Katanya, ketika ini cuma hanya sebatang pokok Mas Hijau sahaja yang ada di kebun saya dan setiap kali musim pokok itu berbuah antara 350 hingga 400 biji dan durian ini dijual dengan harga RM40 sekilogram.
“Saya cuma menanam biji benih 30 tahun lalu secara suka-suka selepas saya makan durian kampung yang diberi oleh seorang rakan dan tertarik dengan ulasnya kekuningan dan isinya rasa sedap dan mula mula berbuah lebat sejak 15 tahun lalu dan terus mendapat perhatian sesiapa yang pernah menikmati durian ini pastinya mahukannya lagi.
Sabri menunjukkan durian Emas Hijau, di Pekan Damak, hari ini
“Sejak beberapa musim menikmati isi buah itu, dia dan keluarganya mendapati rasanya tidak berubah, iaitu mempunyai kombinasi tiga rasa iaitu manis, berlemak dan sedikit pahit dengan isinya yang lembut dan halus berwarna kekuningan emas.
Katanya, dia bersyukur kerana rezeki yang diperoleh selama ini bermula dengan sebiji benih sahaja yang ditanam menghasilkan buah yang bermutu tinggi malahan pasaran yang cukup berbaloi apabila hasil jualan mencecah RM3,000 musim ini.
“Durian Mas Hijau mula dikenali ramai setelah memenangi pertandingan kategori Durian Premium Kampung (DPK) peringkat daerah anjuran Jabatan Pertanian dua tahun lalu.
“Mas Hijau mendapat permintaan tinggi bagi mereka yang pernah menikmati isinya dan penggemar durian mengakui klon ini mempunyai keunikan tersendiri berbanding dengan yang lain, kini saya telah menyemai hampir 1,500 benih Mas Hijau di tapak nurseri berdekatan rumah untuk dijual dengan harga RM40 sepokok anak benih,” katanya.
Lim Kim Chooi, 62, di Kampung Berchang, Damak dekat sini, durian Naga Emas mula dikenali di kalangan penggemar durian di daerah dan luar termasuk Lembah Kelang.
Seorang pemilik kebun durian jenis DKP jenis Naga Emas hanya terdapat di dusun milik Lim Kim Chooi, 62, di Kampung Berchang, Damak dekat sini, mula dikenali di kalangan penggemar durian di daerah dan luar termasuk Lembah Kelang.
Katanya, cuma terdapat sepohon durian baka Naga Emas sahaja ditanam di dusun oleh mentuanya sejak 50 tahun lalu di kawasan seluas 2.4 hektar ditanami sebanyak 250 batang pokok durian kampung dan durian kahwin, tetapi hanya sepokok durian Naga Emas yang mula mencuri tumpuan orang ramai dan penggemar durian di daerah ini.
“Durian Naga Emas ditanam cuma dengan semaian biji yang diperoleh oleh mentuanya daripada rakannya di negeri Terengganu dan dibawa balik ke dusun kampung Berchang di Damak dan ditanam 50 tahun lalu.
“Setiap musim, pokok durian ini sentiasa berbuah lebat dan mengeluarkan hasil antara 250 hingga 300 biji durian Naga Emas dan gugur lebih awal berbanding dengan durian kampung lain, setiap kali musim durian meluruh, Naga Emas antara pilihan utama yang diborong oleh penjual durian di pekan Damak.
“Katanya, durian ini bersaiz sederhana besar, berbentuk bulat tidak sekata dan sedikit lonjong, manakala kulitnya sederhana tebal dan berduri kasar,” katanya ketika ditemui.
Katanya, warna kultnya hijau keperangan dan beratnya antara 1.2 hingga 3.2 kilogram dengan aroma durian kampung yang asli dan rasanya lemak manis serta sedikit pahit malah seakan-akan isi melekat di kerongkong ketika ditelan.
“Walaupun harga sekitar RM25 sekilogram, tetapi penggemar durian ini tidak mhau terlepas peluang menikmatinya setiap kali musim durian tiba, khususnya penduduk di daerah ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Salah seorang penerima bantuan daripada Datuk Seri Abdul Rahman di Lipis, hari ini
KLPB bantu usahawan dan peniaga B40 menerusi bantuan PPP RM10 juta
LIPIS – Usahawan kecil dan peniaga kategori B40 di pinggir dan luar bandar di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun ini akan menerima bantuan sebanyak RM10,000 dalam bentuk peralatan aktiviti perniagaan masing-masing.
Peruntukan itu di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjumlah RM10 juta akan diagihkan kepada 950 orang usahawan kecil dan peniaga kategori B40 dalam bentuk peralatan gerai jualan makanan dan minuman.
Selain itu perniagaan seperti aktiviti perkhidmatan seperti jahitan, gunting rambut, pertanian serta ternakan dan sebagainya tertakluk kepada keperluan pemohon dan syor agensi pelaksana di bawah kementerian itu.
Timbalan Menteri Satu KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, setiap usahawan dan peniaga B40 dalam programn PPP merupakan salah satu usaha program KPLB untuk memberikan kesejahteraan penduduk di pinggir dan luar bandar.
“Menerusi mekanisme yang dianjurkan oleh kerajaan sebagai menambah pendapatan keluarga mereka dan mengeluarkan golongan berkenaan daripada belenggu kemiskinan.
“Kumpulan sasar ini terdiri daripada penduduk yang berpendapatan rendah kategori B40 dan menetap di pinggir dan luar bandar, manakala pemohon akan disiasat atau proses verifikasi terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan sekiranya pemohon tidak berdaftar dalam E-kasih atau diperaku dalam kumpulan sasar di negeri masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan PPP Warung Desa@KPLB kepada peniaga B40 di Lipis hari ini.
Katanya, bantuan di bawah PPP ini sekurang-kurangnya dapat membantu perniagaan masing-masing memberikan keselesaan golongan B40 mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
Sempena majlis itu, Abdul Rahman menyampaikan peralatan perniagaan Warung Desa@KPLB masing-masing bernilai RM10,000 kepada tujuh orang peniaga kumpulan B40 di Lipis membabitkan peruntukan bernilai RM70,000 dalam satu majlis di Jalan Batu Dua, Lipis hari ini.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, pemohon yang telah berdaftar dalam E-kasih atau diperaku dalam kumpulan sasar peringkat negeri layak dipertimbangkan bantuan PPP tertakluk kepada kuota sedia ada.
“Kita akan terus memberikan bantuan berkenaan pada masa akan datang berasaskan permohonan yang diterima serta diperakukan oleh pegawai agensi pelaksana kementerian ini di tempat atau negeri masing-masing.
“Tahun lalu, KPLB menerusi agensi pelaksana tersebut telah memberikan bantuan PPP kepada seramai 564 orang pengusaha kecil dan peniaga kumpulan B40, manakala untuk tahun ini permohonan masih diterima dan diteliti serta akan diserahkan bantuan secara berperingkat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUANG – Jentera Pemuda UMNO Pahang sentiasa menghormati cara dan pendekatan digunakan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Mahkota.
Ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor mempunyai gaya dan kaedah tersendiri dalam mendekati pengundi di situ.
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim berkata, buat masa ini jentera Pemuda UMNO Pahang hanya membantu berdasarkan keperluan pihak UMNO dan BN Johor.
“Kita perlu hormati cara mereka melakukan gerak kerja.. mereka ada cara sendiri.. Cara Johor dan kami bersedia membantu apa yang boleh kita bantu.
“Selebihnya, UMNO dan BN Johor akan tentukan dan berikan garis panduan yang sewajarnya untuk kami patuhi,”jelasnya.
Kamil bagaimanapun memaklumkan suasana kempen yang sudah hampir dengan hari pengundian pada Sabtu ini, berjalan dengan teratur dan tertib.
Katanya, pendekatan bersemuka secara langsung dengan pengundi adalah cara paling berkesan bagi memahami keperluan mereka.
“Kita banyak melakukan kerja lapangan seperti menyantuni peniaga dan bertemu dengan pengundi di kedai makan serta kawasan perniagaan sekitar bandar Kluang.
“Daripada situ, kita dapat maklumat mengenai isu yang berbangkit dan seterusnya mencari jalan penyelesaian secara bersama.
“Saya percaya PRK Mahkota akan berpihak kepada Syed Hussien Syed Abdullah mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Menteri Besar Pahang menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Khairul Azam Awang yg dipilih tokoh Koperasi Pahang.
Koperator Pahang disaran cari peluang dan sasar RM 1 bilion
JERANTUT – Koperator di Pahang disarankan terus meningkatkan usaha serta komited dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan serta mencari peluang perniagaan berkoperasi bagi menyasarkan pendapatan sebanyak RM1 bilion tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak 1,180 buah koperasi yang beroperasi dengan keanggotaan seramai 299,695 orang ahli di Pahang telah berjaya menjana pendapatan keseluruhan berjumlah RM866 juta sehingga 31 Disember 2021 tidak mustahil dicapai sasaran tersebut.
“Pahang merupakan menerima perolehan kedua tertinggi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan dan kerajaan negeri sangat berbangga dengan pencapaian itu hasil komited pengurusan serta ahli koperasi di Pahang.
“Suntikan dana daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bernilai RM12.84 juta menerusi Pembiayaan Tabung Modal Pusingan kepada semua koperasi amat berbaloi sehingga menampakkan kejayaan perolehan pendapatan yang tinggi tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Hari Koperasi Negara peringkat negeri sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia di Jerantut hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatan Kuassa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah dan Pengarah SKM Pahang, Radiatul Fitri Dollah.
Katanya, kerajaan negeri amat menghargai usaha SKM yang memantau dan menyelia aktiviti koperator sehingga meletakkan entiti koperasi di negeri ini mencapai objektif dan aspirasi penubuhannya untuk pembangunan sektor ekonomi mampu membela rakyat berpendapatan rendah.
“Sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi di negara ini, kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada Gerakan Koperasi Pahang melibatkan sejumlah RM700,000 untuk pembiayaan pembangunan dan selebihnya, RM300,000 bagi aktiviti promosi.
“Kerajaan negeri turut meluluskan cadangan memberi hak milik tanah (kerajaan) di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (Akta 828) kepada syarikat kerjasama dan koperasi di Felda negeri ini untuk tujuan tapak bangunan, perindustrian dan pertanian,” katanya.
Katanya, dengan adanya pemilikan tanah ini koperasi Felda mampu meningkatkan lagi jumlah eset koperasi sekali gus menjana aktiviti berasaskan industri dan pertanian di tanah rancangan berkenaan.
“Semua koperasi di negeri ini perlu memperbanyakkan aktiviti ternakan khususnya pengeluaran ayam daging secara langsung dapat menyediakan bekalan dan mengurangkan tekanan harga di pasaran setempat.
“Pembabitan dalam bidang pertanian termasuk ternakan dapat memberikan peluang pekerjaan penduduk setempat, menambah pendapatan koperasi, perolehan keuntungan dan menyediakan dividen untuk ahli khususnya dalam kalangan mereka berpendapatan rendah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga beranak berpelukan dalam kejadian kereta menjunam ke dalam sungai
KUALA KETIL- Mayat tiga beranak ditemukan dalam keadaan menyayat hati dengan berpelukan di bahagian tempat duduk belakang kereta Proton Persona yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 3.30 pagi tadi.
Kereta yang menjunam ke dalam sungai dinaikkan
“PPDA yang melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan kedudukan kereta di dasar sungai yang mempunyai kedalaman lebih 5 meter.
“Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan kereta terbabit dengan menggunakan kren,” katanya.
Menurut Syufaat, sebaik membuka pintu, mayat Mashitoh Ibrahim, 37 tahun, ditemui bersama dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7 tahun, dan Mohd Ziyad Haziq, 5 tahun, berada di bahagian tempat duduk belakang.
“Kita dapati cermin pecah dan berlaku kerosakan di bahagian hadapan kereta. Jadi, saya percaya, mengikut SAR yang kita buat, mangsa iaitu ibu dan anak-anak ini, mungkin telah berada di belakang.
“Tetapi, pada keadaan itu, kita memang tidak dapat pastikan sama ada mereka bertiga masih bernyawa atau pun tidak,” tambahnya.
Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Semalam, polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di jambatan itu dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 6 petang.
Sementara itu, seorang saksi, Zulkifli Shaari, 60 tahun, berkata ketika kejadian dia sedang menangkap ikan bersama rakan lain di sungai terbabit.
Katanya, kereta itu menggelongsor lalu terjunam ke dalam air.
Dia dan rakan cuba membantu namun gagal kerana arus deras dan kereta itu tenggelam dengan cepat.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Asyraf Ibrahim, 34 tahun, memaklumkan sebaik mengetahui kemalangan yang menimpa kakak dan anak saudaranya pada jam 8.30 malam, dia bergegas pulang dari rumahnya di Ipoh.
Dia mengakui, mereka yang merupakan anak ketujuh dan kelapan dalam keluarga memang rapat sejak kecil dan berasa sedih kerana kini tiada lagi tempat mengadu dan bermanja.
“Memang terkejut dengan kejadian ini. Kita pun tak sangka, tetapi kita reda. Semua ini sudah tertulis (sebagai takdir),” katanya.
Sumber: Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPLB peruntukan RM 10.9 juta Untuk Keusahawanan Orang Asli
IPOH – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berharap masyarakat orang asli dapat membudayakan keusahawanan secara dalam talian sekaligus dapat memperluaskan pasaran produk mereka sehingga ke seluruh negara.
Menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), KPLB memperuntukkan sebanyak RM 10.9 juta untuk Program Keusahawanan Orang Asli di Malaysia sejak 2016 sehingga 2022.
Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk melahirkan usahawan Orang Asli dengan bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus serta seminar keusahawanan.
Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk melahirkan usahawan Orang Asli dengan bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus serta seminar keusahawanan.
Katanya, bagi menjana dan meningkat ekonomi masyarakat Orang Asli, JAKOA menganjurkan Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) sebagai sebuah platform mengetengahkan keunikan produk-produk usahawan mereka.
“KUOA 2022 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan peluang penglibatan yang sama kepada semua, terutamanya masyarakat Orang Asli dalam menjana dan meningkatkan ekonomi mereka, seiring dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan warga Orang Asli seiring dengan masyarakat perdana.
“Selain itu, KUOA 2022 ini mampu mencapai matlamat utamanya untuk membantu kaum Orang Asli mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi mereka, serta mengetengahkan bakat yang diperolehi kepada masyarakat,”katanya ketika sidang media KUOA 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.
Abdul Rahman (tengah), KUOA 2022 membolehkan keusahawanan orang asli untuk mereka memahami kaedah perniagaan secara dalam talian.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Mohd Nor.
Katanya, KUOA 2022 anjuran JAKOA ini merupakan karnival edisi ke-13 yang dianjurkan untuk usahawan di kalangan masyaraka orang asli dengan 34 usahawan dipilih menyertai KUOA ini.
“Kita turut mempunyai Desamall@KPLB yang menghubungkan usahawan KPLB dan Agensi dengan portal membeli belah secara dalam talian seperti SHOPPEE dan LAZADA.
“Justeru itu, kita akan melaksanakan program rebonding keusahawanan orang asli untuk mereka memahami kaedah perniagaan secara dalam talian,”katanya.
Beliau menambah, bidang keusahawan yang dijalankan oleh masyarakat orang asli kini telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dengan pelbagai keunikan hasil kraf dan produk masyarakat orang asli.
“Kini turut dipasarkan dengan kaedah konvensional dan serta menerusi jualan dalam talian sekaligus mampu meningkatkan pendapatan masyarakat orang asli di Malaysia,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
75,383 premis diperiksa mengejut di seluruh negara – KPDNHEP
JERANTUT – Sebanyak 75,383 atau 16 peratus premis telah diperiksa mengejut di seluruh negara khusus di kawasan luar bandar oleh Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan bekalan mencukupi dan tiada berlaku menyorok barangan kawalan.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, selain itu, OPS Ayam, Telur Ayam dan Minyak masak (ATM) turut dilancarkan bertujuan untuk membanteras dan menggempur aktiviti menyorok barang kawalan dan memastikan keberadaan bekalan terutama barang makanan negara sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi oleh pengguna pada harga berpatutan pada setiap masa.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam (kanan) memeriksa bekalan minyak masak paket di sebuah premis pasar raya di Jerantut, hari ini.
“Operasi ini mulai dijalankan pada 1 Januari hingga 24 Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sebanyak 472,036 premis, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan OPS ATM ini lebih menyeluruh dan berkesan, tumpuan juga turut diberikan ke atas premis-premis yang berada di kawasan luar bandar.
“KPDNHEP berharap agar semua peniaga termasuk di premis yang berada di luar bandar untuk terus mematuhi semua perundangan yang dikuatkuasakan oleh pihak kementerian bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan tegas selain bekerjasama dengan Kerajaan untuk memastikan keberadaan barang keperluan terutamanya ayam, telur ayam dan minyak masak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pemeriksaan mengejut sempena pelaksanaan OPS ATM di sebuah pasaraya dan sekitar bandar Jerantut, termasuk premis kedai runcit di Kuala Tahan, hari ini.
Katanya, pemeriksaan di bawah OPS ATM yang telah dilancarkan sejak 13 Jun 2022 lalu, khusus untuk pemeriksaan tiada aktiviti menyorok barangan bekalan, sebanyak 463 pemeriksaan telah dijalankan dan tiada kes yang dikesan serta tiada mengambil kesempatan keuntungan secara tidak munasabah dan atau pencatutan harga.
Tambahnya, KPDNHEP memberi amaran keras kepada individu dan syarikat agar tidak terbabit dan bersubahat dengan melakukan aktiviti penyelewengan dengan menyorok barang kawalan serta subsidi bagi mengelakkan dikenakan tindakan yang lebih tegas oleh pihak berkuasa.
“Sekira sabit melakukan kesalahan tersebut, individu terbabit boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.
Azman berkata, manakala di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) turut dilakukan.
“Iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan barangan kawalan dan subsidi.
“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM 5 juta,mana yang lebih tinggi,” katanya.
Katanya, masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan dan subsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran aplikasi WhatsApp- 019-279 4317 / 019-848 8000.
“Atau boleh membuat aduan kepada Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my dan Ez ADU KPDNHEP,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!