Keluarga mangsa ambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat
Keluarga mangsa ambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat
BENTONG – Pihak keluarga bekas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun bercadang mengambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu.
Tragedi tersebut menyebabkan Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai ketika itu dan sembilan yang lain turut terkorban.
Anak Allahyarham, Muhammad Shafieq Hafizilman Johari, 30, memberitahu, tindakan itu akan diambil selepas hasil laporan akhir dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) pada membabitkan pesawat Beechraft pada Jumaat disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
“ masih lagi ..masih lagi walaupun dalam setahun berada dalam keadaan yang masih bersedih ditambah pulak dengan report yang telah dikeluarkan seolah olah ialah tidak orang kata sop tidak diperketatkan jadi kita pun masih terkejut dengan report tu juga dan macam saya cakap tadi kita menunggu apa pihak kerajaan malaysia kan bantu lah kami sekeluarga dan kelearga keluarga yang terlibat.
Menurutnya pihak keluarga mungkin akan ambil tindakan terhadap pengendali syarikat terbabit. “Difahamkan ada waris mangsa yang lain akan buat tindakan sama..cuma menunggu masa,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.
Beliau ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Johari dan kesemua mangsa yang terlibat di Kampung Sum Sum dekat Janda Baik di Bentong .Pahang
Majlis yang dihadiri ahli keluarga, waris mangsa turut dihadiri Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam yang juga ADUN Pelangai mewakili kerajaan negeri.
Ujar Muhammad Shafieq lagi, mereka sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan reda walaupun mengakui masih terkejut dengan hasil laporan yang dikeluarkan oleh .
Hasil laporan penuh yang dikeluarkan ia berpunca berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak diguna pakai secara elok supaya dapat menjamin keselamatan rakyat yang ingin menggunakan penerbangan khususnya secara peribadi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pemergian Allahyarham yang telah genap setahun, beliau mengakui mereka sekeluarga masih bersedih hingga kini.
“Sejujurnya kami masih bersedih selepas setahun..banyak perkara perlu diselesaikan malah masih mencari kenalan arwah
“Dan seperti apa yang saya cakap, kami menunggu tindakan kerajaan untuk membantu kami serta semua waris yang terlibat agar mendapat pembelaan yang sewajarnya,” tambahnya.
Jelas beliau, buat masa ini keluarganya juga tidak ingin mendengar rakaman perakam suara kokpit milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28V tersebut itu kerana tidak mahu menambahkan kesedihan yang dihadapi mereka.
Secara jujurnya, kami tidak merancang untuk mendengar rakaman suara tersebut,” akuinya.
Mengulas pemilihan lokasi majlis itu, beliau menjelaskan sebagai tanda penghargaan dan hasrat ayahnya yang ingin mengadakan majlis di tapak tersebut selepas dilantik sebagai Exco Pahang .
“Dua minggu selepas kejadian ada perancangan, sudah ada tarikh nak buat majlis di sini tapi tidak kesampaian selain ia adalah kawasan kampung ayah,” katanya.
Sementara itu, Amizar mengakui turut terkilan selepas mengetahui hasil laporan akhir tragedi tersebut yang disifatkan boleh mengundang tekanan dan kegusaran kepada rakyat Malaysia yang ingin mengambil penerbangan udara
ada sedikit kegusaran ini lah antaranya kita memohon kepada pihak yang berwajib untuk sekali lagi menyeru supaya mereka berhati hati dan mencari cara terbaik dan juga memberikan perkhidmatan yang seratus peratus sebab ini melibatkan nyawa manusia itu lah antaranya kekecewaan juga yang yang telah diwartakan hasil suiasatan tersebut ada sedikit kekecawaan pada kami
Tegasnya, sentuhan dan keperibadian Allahyarham sangat memberi impak serta sejuta sentuhan buat warga Bentong khususnya di DUN Pelangai.
“Kami akan sentiasa mengingati kebaikan-kebaikan yang telah dilaksanakan serta disumbang oleh Allahyarham dan ini amat memberi makna kepada warga Bentong dan Negeri Pahang,” jelasnya.
Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang Khamis itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas mengorbankan enam penumpang dan dua kru pesawat selain dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang motosikal p-hailing.-SAHIH
Tamat