Kerajaan negeri Pahang bina dua hentian rehat (R&R
Kerajaan negeri Pahang bina dua hentian rehat (R&R)
KUANTAN – Dua hentian rehat dan rawat (R&R ) di laluan Raub bypass antara yang dirancang pembinaannya dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri terlibat sama menyediakan tapak yang sesuai bagi memudahkan pengguna lingkaran tengah utara (LTU ) itu berehat.
Datuk seri Wan Rosdy berkata, pembinaan kemudahan tersebut juga dapat menjaga kebersihan lebuh raya tersebut.
Malah, mengatasi masalah pembuangan sampah sarap, pihaknya menyediakan tong sampah di lokasi dikenalpasti menerima jumlah longgokan sampah yang banyak.
“yang confirmnya dua kalau tak silap saya ..Diantara bentong ke Raub dan juga di sebelah …merapoh sana..Itu yang akan dibuat oleh pihak JKR , LLM dan kerajaan negeri termasuklah kerajaan tempatan..Bagi pihak kerajaan kita akan sediakan tapak yang sesuai untuk dibina, selain itu tindakan jangka pendek soal sabit dengan pembuangan sampah adalah alam flora, kerajaan tempatan dimana kita telah menyediakan tong-tong sampah untuk dibuang.”
Jelasnya, fasiliti itu kini dalam proses tindakan melibatkan pelbagai pihak termasuk lembaga lebuhraya malaysia (LLM ) dan jabatan kerja raya (JKR ).
Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumah terbuka aidilfitri di dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Sebelum ini, media melaporkan ketiadaan kemudahan r&r menjadi antara alasan pengguna lebuhraya lingkaran tengah utama (LTU ) membuang sampah terutama ketika singgah berehat di tepi laluan tersebut.-SAHIH