Pencuri maut terjun sungai
Pencuri maut terjun sungai
MENTAKAB : Seorang lelaki yang disyaki mencuri ditemui maut di Sungai Semantan, Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab pada jam 12.22 tengahari, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi melaporkan, tindakan lelaki tersebut terjun ke dalam sungai dipercayai takut diberkas orang ramai yang mengejarnya kira-kira jam 6.00 pagi, hari ini.
“Mangsa yang terjun ke dalam sungai itu ditemui maut oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin pada jarak 5 meter dari tempat kejadian mangsa terakhir dilihat pada jam 12.22 tengahari, hari ini.
“Seramai 8 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab telah bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan dan melakukan pemantauan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kejadian.
“Operasi SAR tersebut bermula dengan pencarian di sekitar kawasan kejadian dan dibantu oleh pasukan PPDA , mayat mangsa ditemui diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-SAHIH.