4 PANDANGAN LELAKI TERHADAP PEREMPUAN BERANI
4 Pandangan Lelaki Terhadap Perempuan Berani
Tidak Salah Kalau Perempuan Luahkan Perasan Terhadap Lelaki. Empat Pandangan Lelaki Terhadap Perempuan Berani
Selalunya dalam memulakan hubungan, lelaki yang akan luahkan perasaan terhadap seorang perempuan. Tapi salahkah seorang perempuan luahkan perasaan kepada lelaki? Sudah menjadi kebiasaan lelaki yang mulakan langkah, apa kata tahun 2020 ini perempuan yang memulakan langkah. Perempuan perlu lebih berani dan yakin terhadap diri sendiri. Tidak mengapa jika anda ditolak, sekurang-kuragnya anda tahu isi hati si dia.
Mencipta Suasana Baru
Terlalu biasa jika lelaki yang meluahkan perasaan kepada perempuan. Sekali-sekala pecahkan tradisi dan mengubah suasana. Jangan hadkan kemampuan seorang perempuan, kelainan ini akan menjadi topik perbualan antara anda dan si dia.
Tidak Menyesal
Anda tidak akan menyesal jika luahkan hasrat yang terpendam di hati. Tuah tidak datang bergolek, tidak salah jika anda cuba untuk luahkan perasaan kepada lelaki yang anda suka. Kalau si dia pun mempunyai perasaan yang sama terhadap anda, mungkin anda boleh ke langkah seterusnya. Jika tidak, jangan malu sekurang-kurangnya anda tahu dan tidak perlu menunggu lagi.
Nampak Menarik
Perempuan yang memulakan langkah nampak lebih menarik pada pandangan lelaki kerana cara pemikiran yang terbuka, yakin dengan diri sendiri dan spontan membuatkan perempuan tersebut mendapat perhatian. Tidak perlu rasa seperti perigi mencari timba, anda sepatutnya lebih berani!
Mudah Diingati
Dalam ramai-ramai perempuan, anda yang berani untuk mendekati si dia dan luahkan perasaan. Si dia lebih mudah mengingati anda kerana anda lain daripada yang lain. Biasanya, lelaki yang mulakan langkah, kali ini perempuan pula.