𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗠𝗔𝗛, 𝗞𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚, 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗣𝗢𝗛
𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗠𝗔𝗛, 𝗞𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚, 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗣𝗢𝗛
KUALA LIPIS – Satu kejadian banjir kilat telah dilaporkan berlaku di kawasan Merapoh melibatkan tiga buah kampung iaitu Kg Berhamah, Kg Teluk Gunung dan Kg Persit. Kejadian banjir kilat ini berpunca dari hujan lebat yang bermula pada 12 tengah malam menyebabkan paras air sungai meningkat. Namun, paras air mulai surut sepenuhnya pada jam 7 pagi. Jumlah keluarga yang terlibat adalah seperti berikut :
- 4 rumah di Kg Berhamah
- 1 rumah di Kg Teluk Gunung
- 10 rumah di Kg Persit
Ketua Zon 3 telah hadir kelokasi bersama agensi penyelamat peringkat daerah dan telah membuat pemantauan di rumah mangsa yang terjejas. Penyerahan bantuan kit makanan telah dilakukan oleh agensi terlibat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada pusat pemindahan yang dibuka.
LAPOR JBPM PAHANG