KUANTAN- Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan yang berlaku di Kuari JKR Bukit Pengorak, depan Tiong Nam, Gebeng , pagi ini.
Pemandu lori yang maut itu dihempap oleh lori yang dipandunya yang terbalik, maklumat awal, mangsa dipercayai cuba terjun dari lori yang dipandu itu, malangnya mangsa tidak sempat mengelak.-SAHIH.
Foto : Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang penyelam hilang di Mersing ditemui selamat
MERSING – Salah seorang daripada empat penyelam Eropah yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol semalam ditemui selamat sebentar tadi.
Kristin Groedem seorang rakyat Norway telah menyelam di kawasan itu yang dilaporkan hilang ditemui selamat sebentar tadi.
Penyelam yang selamat itu, telah menyelam bersama tiga lagi yang masih hilang dikenal pasti sebagai Alexia Alexandra, 18, (Perancis); Adrian Peter, 46, (British) dan anaknya, Nathen Renze, 14, (Belanda).
Perkara itu disahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebooknya sebentar tadi.
“Kesemua mangsa adalah pelancong yang seorang daripada mereka merupakan seorang jurulatih (selam) manakala tiga yang lain adalah pelajar.
“Ini bukan kali pertama mereka menyelam, sebaliknya kesemua mereka agak berpengalaman dalam selaman dan sedang menaik taraf sijil kelayakan menyelam,” katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.
Onn Hafiz berkata semua keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kehilangan mangsa dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga petang ini bergantung keadaan cuaca.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Empat penyelam berlesan hilang di Mersing dikenalpasti
MERSING – Empat penyelam warga asing yang hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor tengah hari semalam, telah dikenal pasti.
Mangsa yang hilang itu, merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 tahun dan remaja warga Belanda, Nathan Renze, 14 tahun.
Empat mangsa yang menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor masih belum ditemui.
Seorang mangsa yang hilang ialah wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35 tahun.
Kesemua mereka mempunyai lesen menyelam, sementara Kristine merupakan Dive Master
Laporan awal mendapati, keempat-empat penyelam tidak timbul selepas melakukan latihan selaman pada jam 12 tengah hari semalam.
Op Carilamat digerakkan kira-kira jam 2.35 petang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Maritim Malaysia, Group Gerak Khas, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perikanan.
Seramai 90 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut yang bersambung semula pada jam 7 pagi semalam membabitkan 30 penyelam serta 18 aset.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas – Aktivis masyarakat di Kuantan, Pahang, Anas Nazhar (kiri) menyampaikan naskhah al-Quran yang diinfak menerusi NGO PJMM dan PJNH kepada wakil pusat tahfiz di Kuantan, baru-baru ini.
KUANTAN – Infak al-Quran yang dikelolakan oleh Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM) di Semenyih dan Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor mengagihkan 250 naskhah al-Quran yang diinfak pelbagai pihak untuk masjid, tahfiz, pondok ngaji serta individu di Kuantan, baru-baru ini.
Agihan infak al-Quran itu mendapat kerjasama beberapa aktivis masyarakat di Pahang yang menghantar secara berperingkat-peringkat ke lokasi terbabit seperti sekitar Kuantan, pedalaman Sungai Lembing, Pekan, Penor dan sebagainya.
Anas (tiga dari kiri) bersama-sama ahli NGO PJMM, PJNH dan guru agama pada majlis penyerahan infak al-Quran di Kuantan.
Aktivis masyarakat di Kuantan, Anas Nazhar, berkata al-Quran diagihkan kepada kelas pondok ngaji diadakan di atas wakaf atau gazebo membabitkan pelajarnya dalam kalangan remaja dan warga emas, diberi bimbangan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan bertadabbur.
Katanya, kelas pondok ngaji itu yang terdapat sekitar Kuantan mampu menarik dalam kalangan remaja khususnya untuk mendalami ilmu mengaji al-Quran yang secara tidak langsung meningkatkan budaya membaca dan mencintai al-Quran.
“Dalam kalangan warga emas pula memberi peluang kepada mereka meningkatkan lagi kemahiran membaca al-Quran dengan menghayati serta mentadabbur yang dibimbing guru al-Quran bertauliah bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat.
“Apabila mendapat al-Quran baharu yang diinfak ini memberi semangat kepada remaja terbabit untuk lebih tekun mendalami ilmu al-Quran manakala bagi warga emas peluang mengulang kaji semula kefahaman mereka yang mungkin sudah mahir mengaji sebelum ini,” katanya yang juga sukarelawan aktif dalam program agama pada majlis ringkas penyerahan infak al-Quran NGO terbabit.
Anas berkata, infak al-Quran dikelolakan oleh dua NGO itu yang diberikan kepada individu juga suatu yang menarik kerana jarang dilakukan sebaliknya apabila diagihkan kepada penduduk sekitar Kuantan kebanyakan mereka berasa amat teruja.
Katanya, penduduk menerima infak al-Quran itu berasa bertuah kerana mereka mendapat perhatian daripada penginfak yang diamanahkan NGO terbabit dalam usaha menggalakkan orang ramai amalan serta mendalami ilmu membaca al-Quran.
Sementara itu, Guru Kelas Ngaji, Kampung Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Bedah Ahmad sudah memanfaatkan infak 20 naskhah al-Quran oleh NGO terbabit pada Februari lalu, dalam kelas tadarusnya yang adakan sepanjang Ramadan.
Hampir keseluruhan warga emas yang menyertai kelas tadarus berkenaan menggunakan naskhah al-Quran baharu yang diinfak itu bagi menggantikan al-Quran lama yang rosak digenangi banjir tiga bulan lalu. -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Putus Separuh tangan akibat terkena Mesin di Kilang
GURUN : Seorang pekerja kilang, Muhammad Faiz Aiman Hasli, 22 tahun menempuh detik hitam dalam hidup apabila separuh tangan kanannya terputus akibat terkena mesin.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah kilang pengeluar komponen plastik dan logam di Kampung Kilang Ketapan, Gurun pada 21 Februari lalu.
Tragedi menimpa Muhammad Faiz Aiman selepas hanya baru dua minggu bekerja di kilang terbabit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya.
Penderitaan yang dialami pemuda ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit yang menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada Muhammad Faiz Aiman yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu.
“Malang tidak berbau, meskipun baru dua minggu bekerja adik Faiz diuji sedemikian rupa. Semoga beliau tabah dengan ujian yang menimpa…” Kata Sabri selepas menyerahkan sumbangan tersebut di rumahnya di Kampung Kilang Ketapan, Gurun.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANDAR JENGKA – Sebuah rumah pemandu lori hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Felda Jengka 14, petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 2.20 petang yang dihuni oleh satu keluarga seramai 4 orang yang sempat keluar menyelamatkan diri ke jalan raya.
Kejadian rumah terbakar di Felda Jengka 14, pada jam 2.20 petang, semalam
Tuan rumah, Ahmad Mazlan Mat Adam (49) berkata kejadian sangat pantas yang bermula di bahagian hadapan rumah yang berusia kira-kira 30 tahun dan terus melarat ke ruang tamu seterusnya ke bahagian dapur.
“Saya tidak pasti punca kebakaran, tetapi nampak percikan api berlaku di celahan dinding plywood rumah dan mungkin berlaku litar pintas, pihak bomba akan melakukan siasatan.
“Ketika itu saya, adik perempuan dan anak berusia 7 dan 10 tahun berada di rumah dan terus menjerit arahkan anak dan adik perempuan saya keluar selamatkan diri,”katanya ketika dihubungi.
Katanya, kini dia sekeluarga hanya sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barang berharga dan dokumen penting.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Jengka tiba di tempat kebakaran kira-kira 10 minit kemudian dan melakukan operasi pemadaman.
Mazlan sekeluarga sekarang menumpang di rumah bapa saudaranya buat sementara waktu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Bazar Ramadan Jerantut kekal harga juadah dan tidak menimbulkan rungutan kerana harga makanan tersebut masih lagi harga berpatutan selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berbelanja.
Harga kuih-muih dan lauk-pauk yang dijual di bazar Ramadan pada umat Islam masih kekal dengan harga lama dan berpatutan serta tidak ada kenaikan dan harga masih sama seperti hari biasa di bazar di bandar Jerantut dan kawasan Felda di sini.
Harga juadah yang jual mengekalkan harga berpatutan
Hari pertama berpuasa, kebanyakan peniaga bazar Ramadan di bandar Jerantut cuma menumpukan jualan lauk-pauk seperti masakan sayur-mayur, asam tempoyak ikan sungai , pais ikan, asam rong, gulai ayam dan daging.
Tinjauan di bandar ini semalam, cuma sebilangan kecil peniaga kuih-muih sahaja yang menjadi tumpuan pelanggan ketika operasi jualan bermula pukul 3 petang pada bulan Ramadan.
Peniaga yang menjual pelbagai jenis kuih-muih untuk juadah berbuka diletakkan di dalam bekas plastik dan tidak terdedah dan dijual pada harga antara RM3 hingga RM4 dengan bilangan antara empat hingga enam butir atau potong.
Pembeli masih kekal SOP ditetapkan
Bagi jualan makanan lain seperti bubur pisang, bubur kacang, bubur ubi, tikam lompat dan sira dicampur tepung dan sebagainya dijual antara RM4 hingga RM5 juga tidak membebankan pengguna berasaskan saiz dan kuantiti makanan itu.
Peniaga bazar Ramadan, Sue Baharom, 40, berkata, dia menjual kuih yang diisi dalam bekas plastik kerana lebih mudah dibawa dan jaminan kebersihan apabila tidak terdedah berbanding tahun-tahun berniaga di bazar Ramadan sebelum ini.
“Walaupun ada kenaikan harga barang tertentu, tetapi saya masih mengekalkan harga antara RM3 hingga RM4 sebekas yang sepadan dengan nilai belanja daripada semua peringkat pelanggan.
“Pelanggan tidak pernah merungut kerana mereka kerap berbelanja pada hari biasa sebelum bulan Ramadan kerana harga yang sama dan berpuas hati dengan kualiti dan kuantiti makanan ini,” katanya.
Berlainan pula, sebilangan peniaga kuih di gerai Ramadan di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini menjual kuih lebih murah, iaitu sebekas yang mengandungi lima biji atau potong dijual dengan harga RM2.
Peniaga kuih, Fauziah Abdullah, 40, berkata, dia menjual kuih berasaskan tepung, pisang, pulut dan ubi ketika mula berniaga hari pertama Ramadan dengan jualan sebekas mengandungi lima biji atau potong berharga RM2.
“Jualan di bulan Ramadan sama seperti hari biasa sebelum ini dan kebanyakan pelanggan di Felda ini sudah sinonim dengan makanan ini malah selesa berbelanja dengan harga ini.
“Bahan seperti ubi dan pisang untuk membuat kuih memang mudah diperoleh di Felda ini cuma saya perlu menyediakan tepung, gula dan minyak masak sahaja dan walaupun diuar-uarkan ada kenaikan harga barang tertentu, tetapi saya tetap menjual dengan harga yang murah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Dua beranak maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan menggunakan wayar yang dipasang pada bateri kereta berhampiran sungai di ladang kelapa sawit di Batu Sawar 2, Kuala Krau, Temerloh, semalam.
Mayat bapa dan anaknya yang berketurunan Orang Asli, masing-masing berusia 45 dan 16 tahun dari Kampung Paya Sendayan.
Kedua-dua mayat telah ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.40 petang semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati bapa dan anak itu keluar dari rumah untuk aktiviti menangkap ikan, sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, ahli keluarga mula curiga apabila kedua-duanya tidak pulang ke rumah pada malam Sabtu lalu.
Ahli keluarga dan penduduk kampung Orang Asli yang menyedari kehilangan mereka mula mencari ke seluruh kampung dan kawasan berhampiran kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Namun begitu, kira-kira pukul 3.40 petang, mereka menemukan kedua-dua mangsa dalam keadaan terbaring berhampiran sungai.
Penduduk kampung menjumpai bateri kereta dan wayar elektrik dipasang pada pancing berhampiran mangsa dan mereka dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memancing menggunakan wayar elektrik hidup di kawasan itu.
Ramli berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini, untuk bedah siasat.
Tambah beliau, polis sedang menyiasat jika terdapat penduduk Orang Asli lain turut melakukan aktiviti memancing nadi elektrik di sungai berkenaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jangan sesuka menaikkan harga barang yang melibatkan juadah berbuka
PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk peniaga menaikkan harga barangan terutama melibatkan juadah berbuka puasa dan juadah aidilfitri.
Ia ditegaskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berikutan kerajaan telah mengawal kebanyakan harga barang-barang mentah melalui skim harga maksimum keluarga Malaysia hingga 5 Jun depan.
Justeru, beliau berharap agar para peniaga memberikan kerjasama serta mematuhi segala perundangan yang ditetapkan kerajaan untuk mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh penguatkuasa KPDNHEP.
“Saya ingin memberi peringatan kepada semua kami di KPDHEP akan memantau bukan sekadar di bazar ramadhan di Putrajaya ini sahaja malah di tenpat2 lain juga di selruh negara memang ada keperluan untuk kami memantau supaya kita pastikan harga yang lebih munasabah yang barang2 dijual di bazar ramadhan” katanya selepas melakukan sesi walkabout di Bazar Ramadhan Putrajaya sempena OPS Pantau 2022.
Tambahnya, lebih 3 ribu penguatkuasa KPDNHEP beruniform dan pegawai pemantau harga (PPH) telah digerakkan dan akan memantau di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna.
Sejak dilaksanakan 3 April lalu, sebanyak 7 Ribu 106 premis telah diperiksa di seluruh negara menerusi OPS Pantau.
Daripada jumlah itu, 17 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai kompun berkumlah 4 ribu 200 ringgit-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pasar malam Jalan TAR sesak bagi persediaan ramadhan
KUALA LUMPUR : Orang ramai mula membuat persediaan bagi menyambut kedatangan Ramadan esok, dengan membeli barangan keperluan di pasar.
Tinjauan di Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) mendapati orang ramai sudah mula berpusu-pusu datang ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian.
Kemeriahan dapat dirasai apabila jumlah pengunjung lebih ramai berbanding sebelum ini.
Walaubagaimanapun, pengunjung tetap memakai pelitup muka ketika berada di pasar malam bagi mengekang penularan COVID-19.
Pasar Malam Lorang Tuanku Abdul Rahman (TAR) mula dibuka pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 10 malam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!