JEDDAH: Bandar Madinah, Arab Saudi diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia.
Kota suci itu mendapat pentauliahan selepas kunjungan pasukan WHO berkunjung yang menjelaskan, ia memenuhi semua standard piawaian global diperlukan untuk menjadi bandar sihat, lapor AGENSI.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan populasi lebih 2 juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO.
Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO.
Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian WHO.
WHO juga mengesyorkan supaya universiti itu memberi latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Jawatankuasa dipengerusikan Presiden universiti itu, Dr Abdul Aziz Assarani, yang mengurus 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.
Kriterianya termasuk memenuhi tujuan ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program BandarHumanising.
Berdasarkan WHO, kota yang sihat adalah kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal dan sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Bagi memastikan mangsa-mangsa banjir terus mendapat pembelaan sewajarnya, sumbangan dan bantuan diteruskan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Selain itu sumbangan dan bantuan turut melibatkan sumbangan dari pihak individu iaitu Sukhdave Singh dan Balwinder juga pihak swasta, KJSS Resources Jerantut/Melaka.
Sebanyak 70 mangsa banjir di sekitar Kampung Sungai Jerik dan Kuala Sentul menerima sumbangan barangan keperluan dan makanan yang disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Jasvir berkata, bantuan berterusan yang disalurkan kepada segenap lapisan masyarakat yang terjejas itu membuktikan kesungguhan dan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membantu mangsa.
“Ia menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat berbilang kaum di negeri ini sentiasa terbela.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy atas keprihatinan ini dan terima kasih juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang membantu dalam misi sumbangan bantuan ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Empat lelaki disyaki sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long ditahan selepas mengugut untuk memukul seorang pekerja swasta yang membuat pinjaman sejak tahun 2012.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pekerja swasta berusia 31 tahun itu mendakwa telah diugut supaya membayar baki pembayaran sebanyak RM8,000 mengikut masa yang ditetapkan.
ASISTEN KOMISIONER NIK EZANEE MOHD FAISAL
“Suspek bertindak mengugut untuk memukul mangsa sekiranya dia gagal membuat bayaran seperti yang diminta,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.
Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati mangsa membuat pinjaman peribadi daripada sebuah syarikat pinjaman berjumlah RM500 pada tahun 2012.
“Mangsa dikehendaki membuat bayaran balik sebanyak RM1,150 sebulan selama setahun,” katanya, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata, lelaki itu telah membatalkan penggunaan kad pengeluaran automatik (ATM) yang dipegang oleh syarikat tersebut kerana dipercayai bayaran yang dibuat telah melebihi daripada pinjaman pada April 2013.
“Bagaimanapun, lelaki itu sekali lagi telah membuat pinjaman peribadi melalui laman sosial pada Disember 2016.
“Dia sangkakan pinjaman yang dibuat itu adalah melalui sebuah koperasi kerana setelah mangsa mengisi maklumat yang diminta, seorang ejen pemasaran telah menghubunginya untuk berbincang berkenaan pinjaman,” katanya.
Nik Ezanee berkata, ejen tersebut telah datang bersama dua lagi rakannya yang lain berjumpa dengan mangsa di tempat yang dijanjikan sebelum membawanya ke syarikat di mana mangsa pernah membuat pinjaman pada tahun 2012.
“Mangsa dimaklumkan masih mempunyai hutang yang belum diselesaikan iaitu sebanyak RM8,000,” katanya.
Beliau berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan empat lelaki berusia 26 hingga 28 tahun di salah sebuah sekatan jalan raya di sini pada Jumaat.
“Hasil semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada empat suspek tersebut dikehendaki bersabit kes ah long,” katanya.
Nik Ezanee berkata, salah seorang suspek ditahan reman selama empat hari, manakala rakan suspek yang lain telah direman selama tiga tiga hari.
“Kes disiasat di bawah seksyen 5(2) akta pemberi pinjaman wang berlesen 1952,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI PETANI: Seorang petugas barisan hadapan berusia 43 tahun, cedera parah di bahagian lutut selepas terlanggar tembok batu pembahagi jalan di Jambatan Kuala Lesong, Bukit Selambau pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah FELDA Teloi Kanan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan ketika tiba di lokasi, mangsa telah melanggar tembok pembahagi jalan yang berada di atas jambatan berkenaan, lapor Astro AWANI.
Menurutnya, memandangkan jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek dan terus merempuh pembahagi jalan tersebut yang mana menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tempurung lutut dan kini dirawat di HSAH.
Tambah Adzli, ketika membuat lawatan di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat papan tanda AWAS dari daerah Baling serta papan tanda Jalan Ditutup diletakkan kira-kira satu kilometer dari jambatan berkenaan.
Bagaimanapun, kadar atau tahap pencahayaan di lokasi kejadian kemalangan itu adalah gelap dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KETEREH: Peniaga di sekitar daerah ini merayu agar Majlis Daerah Ketereh (MDK) segera mencabut kain rentang bertulis Kawasan Wabak COVID-19 yang dipasang di hadapan premis mereka.
Kebanyakan peniaga berpendapat bahawa pemasangan kain rentang itu menjejas pendapatan mereka yang sudah semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada minggu lalu.
Ada antara peniaga mendakwa pendapatan mereka terjejas hampir 70 peratus lebih-lebih lagi pelanggan kini tidak boleh duduk dan makan di kedai.
Seorang peniaga kedai makan, Mohd. Alamin Hamzah, 48, berkata, pemasangan kain rentang berhampiran premisnya sekali gus menyebabkan pelanggan takut untuk berhenti dan membuat pesanan makanan.
“Saya tidak menghalang pemasangan kain rentang kerana memang kawasan berhampiran ini berisiko, namun lebih baik ia di pasang jauh dari premis perniagaan.
“Ini boleh menimbulkan keraguan terhadap orang ramai yang hendak membeli makanan kerana mereka makin takut dengan penularan wabak Covid -19 yang semakin meningkat di negeri,” katanya ditemui KOSMO!Online di sini hari.
Mohd. Alamin berkata, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada MDK berhubung masalah berkenaan agar ia di pasang di kawasan yang betul.
Katanya, dia berharap kawasan perniagaan tidak perlu dipasang kain rentang itu kerana ramai peniaga yang sudah buntu selepas menanggung kerugian semasa PKP.
Dia mencadangkan agar kain rentang itu dipasang di tepi jalan utama yang merupakan laluan pengguna jalan raya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok semalam.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku di kejiranan Shah Khalid di bandar Rawalpindi, berhampiran ibu kota Islamabad.
Hamza Naveed, 18, berjalan di sebelah trek, sementara seorang rakannya merakamkan aksi itu.
Jurucakap agensi penyelamat tempatan, Raja Rafaqat Zaman memberitahu kereta api melanggar lelaki itu ketika dia sedang beraksi berjalan di landasan kereta api untuk video TikTok.
GAMBAR HIASAN
Katanya, pekerja penyelamat bergegas ke lokasi, tetapi pemuda itu sudah mati.
Rakan pemuda itu memberitahu pekerja penyelamat bahawa mangsa beraksi untuk video bagi disiarkan di TikTok dan akaun media sosialnya yang lain, kata Zaman.
Memetik laporan AFP, seorang pegawai polis di balai tempatan mengesahkan kemalangan itu.
Seperti di negara lain, mengambil gambar swafoto dan membuat video untuk media sosial sangat popular di Pakistan, dengan kebanyakan anak muda sentiasa mengemas kini akaun Facebook, Twitter dan TikTok mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Pentadbiran Biden hari ini mahu mengkaji semula perjanjian penting Amerika Syarikat (AS ) dengan Taliban, menumpukan usaha mengurangkan serangan di Afghanistan seperti dicapai dalam perjanjian sebelum ini.
Washington membuat perjanjian dengan Taliban di Qatar tahun lalu, dimulai dengan menarik balik tenteranya untuk mendapatkan jaminan keselamatan dari militan dan komitmen untuk memulakan rundingan damai dengan pemerintah Afghanistan.
Namun, keganasan di Afghanistan meningkat walaupun kedua-dua pihak terbabit dalam rundingan itu sejak September.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Emily Horne, berkata Penasihat Keselamatan Nasional Presiden Joe Biden yang baru dilantik, Jake Sullivan, bercakap dengan rakan sejawatnya dari Afghanistan, Hamdullah Mohib dan ‘menjelaskan niat AS untuk mengkaji semula’ perjanjian itu, lapor AFP.
“Secara khusus, Washington ingin mengkaji semula perjanjian dengan Taliban sama ada sudah ‘menepati komitmennya’ untuk memutuskan hubungan dengan kumpulan pengganas, bagi mengurangkan keganasan di Afghanistan, dan untuk terbabit dalam rundingan yang bermakna dengan pemerintah Afghanistan dan pihak berkepentingan lainnya,” menurutnya.
Sullivan turut menekankan bahawa AS akan mendukung proses perdamaian dengan usaha diplomatik yang kuat dan serantau, yang akan bertujuan untuk membantu kedua-dua pihak mencapai penyelesaian politik dan gencatan senjata kekal yang tahan lama dan adil.
“Sullivan juga membincangkan sokongan AS untuk melindungi kemajuan terkini mengenai hak wanita dan kumpulan minoriti sebagai sebahagian daripada proses perdamaian.
“Kenyataan itu disambut baik pegawai di Kabul selepas berbulan-bulan spekulasi mengenai bagaimana pentadbiran baru berpotensi menyusun semula dasarnya mengenai Afghanistan,” kata Horne.
Mohib yang juga Penasihat Keselamatan Nasional Afghanistan, dalam ciapannya berkata, pada perbincangan menerusi panggilan telefon itu kedua-dua pihak ‘bersetuju untuk berusaha mencapai gencatan senjata kekal dan perdamaian yang adil dan tahan lama’ di negara itu.
Seorang pegawai tertinggi pemerintah Afghanistan mengecam kegagalan Taliban untuk memenuhi perjanjian Februari 2020, dengan menyatakan bahawa perjanjian itu gagal mencapai tujuan yang dinyatakan.
“Perjanjian sejauh ini, tidak mencapai tujuan yang diinginkan untuk mengakhiri keganasan Taliban dan membawa gencatan senjata yang diinginkan oleh rakyat Afghanistan,” kata Wakil Menteri Dalam Negeri, Sediq Sediqqi yang juga bekas jurucakap Presiden Ashraf Ghani di Twitter.
“Taliban tidak menepati komitmennya,” katanya.
Serangan pembunuhan berprofil tinggi telah meningkat dalam beberapa bulan terakhir ini terutama di Kabul yang mana beberapa wartawan, aktivis, hakim dan ahli politik telah dibunuh dalam serangan terbuka di siang hari.
Taliban telah menafikan bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, tetapi pegawai Afghanistan dan AS telah menyalahkan kumpulan itu.
Selasa lalu, calon Biden untuk setiausaha negara, Antony Blinken, memberitahu Senatnya bahawa ‘kami ingin menamatkan perang yang selama-lamanya disebut ini’.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI: Tiga termasuk dua anggota polis cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di simpang tiga berhampiran jejambat Jalan Nangka, Bukit Mertajam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu berlaku ketika dua anggota polis tersebut yang menaiki kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di sini dari arah Sungai Rambai.
Menurutnya, MPV itu secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang wanita yang datang dari sebelah kanan jalan.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Akibatnya, pemandu MPV tersebut luka pada kening dan dahi manakala seorang lagi anggota mengalami bengkak pada kepala.
“Pemandu Proton Waja terbabit yang berusia 44 tahun dan tidak bekerja itu pula mengalami kesakitan pada dada,” katanya kepada KOSMO! Online , hari ini.
Shafee berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam di sini untuk rawatan lanjut.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang tidak melaksanakan dasar moratorium pinjaman secara automatik seperti sebelum ini kerana mereka tidak berani menyentuh golongan kaya.
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata sepatutnya dilaksanakan seperti ketika negara berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama pada Mac tahun lalu.
Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata golongan yang takut disentuh oleh kerajaan itu merujuk kepada pemilik bank yang ada di negara ini.
Katanya PN ketika ini dilihat langsung tidak mencuba untuk mengadakan perbincangan dengan pemilik bank bagi membantu meringankan beban rakyat yang berhutang selepas moratorium terdahulu tamat pada 30 September lalu.
“(Berdasarkan) pengalaman saya yang sedikit ini, saya ingin nyatakan bahawa cara menangani masalah ekonomi dalam krisis tidak sama (dengan) dalam keadaan biasa.
“Sebab itu soal defisit, soal hutang termasuk soal moratorium harus difikir dari sudut mendesak (demi) untuk menjaga kepentingan rakyat dan tidak melemahkan kedudukan ekonomi,” katanya.
Menurut ahli parlimen Port Dickson itu lagi moratorium pinjaman bank ini harus ditampung semua pihak.
GAMBAR HIASAN
Sebelum ini kata Anwar dia ada berbahas di Dewan Rakyat dan memaklumkan keuntungan setahun dan keuntungan suku tahun semua bank masih tinggi walaupun semasa wabak Covid-19 melanda.
“Jika tak salah saya, antara RM7 bilion hingga RM8 bilion untuk suku tahun.
“Takkanlah tak boleh bantu menampung beban yang dipikul oleh rakyat? Sebab itu saya tanya menteri kewangan ini, (dia) mewakili bank atau mewakili rakyat?
“Tapi dia tak jawablah, sampaikan langkah langkah kita itu tidak berani langsung nak sentuh bank,” katanya, lapor Malaysiakini.
Anwar berkata demikian semasa ditanya dalam program bual bicara Minda Profesor Negara yang disiakan secara langsung melalui Facebook hari ini.
Terdahulu Anwar diminta mengulas mengenai kesan moratorium sama ada ia memberi kebaikan pada masa ini atau boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi secara umum.
Isu moratorium menyeluruh dan automatik banyak diperkatakan pelbagai pihak sebelum ini, termasuk menjelang pembentangan Belanjawan 2021 pada tahun lalu.
GAMBAR HIASAN
Selain pembangkang ia turut menjadi desakan UMNO- parti yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun permintaan itu tidak dilaksanakan termasuk apabila Putrajaya mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lalu, serta pelaksanaan PKP 2.0.
Sebaliknya kerajaan hanya melaksanakan moratorium bersasar untuk sesetengah pihak dan ia untuk mendapatkannya mereka mesti membuat permohonan kepada bank.
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyddin Yassin pada 18 Januari lalu juga mendapat kritikan pelbagai pihak kerana ia dianggap sekadar mengulang atau menambah baik apa yang disebut dalam belanjawan sebelum ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Ketika ramai yang kehilangan pekerjaan dan bergelut memenuhi keperluan harian – mungkin untuk menghidang sepinggan nasi, kisah ini boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua.
Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang diselamatkan oleh Pengurus Sumber Manusia Caltex cawangan Bachang, Melaka, Lee Chee Seng.
GAMBAR IHSAN LEE CHEE SENG
Ketulusan hati dan sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Lee atau lebih dikenali sebagai Les, ternyata menyentuh hati ramai netizen.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, AstroAWANI menghubungi Les, 50, yang kini menguruskan stesen minyak Caltex cawangan tersebut (di bawah syarikat Hong Brothers Service Station) sejak tiga tahun lalu selepas pemergian bapa mertuanya.
Dalam kejadian pada 2 Januari lalu, Les berkata seorang lelaki – yang digambarkan dalam keadaan sedih dan tidak terurus datang ke stesen minyaknya bagi memohon pekerjaan.
Kebetulan ketika itu, Les juga sedang mencari pekerja sambilan sebagai pencuci kereta di stesen minyak berkenaan bagi menggantikan kakitangannya yang sedang bercuti sakit.
Selepas suai kenal, Les memutuskan untuk mengupah pemuda yang dikenali sebagai Mohd Suffian, 40, dan memaklumkan dia boleh mula bekerja pada Isnin (4 Januari).
Namun, melihat penampilan pemuda itu – Les berkata beliau mengesyaki seolah-olah ada sesuatu yang dipendam oleh Mohd Suffian.
“Saya tanya kamu nak pergi mana selepas ini? Dia kata nak balik stesen bas… Saya kata kenapa pergi sana, kamu tinggal sana?
“Dia kata, saya tiada tempat tinggal dan tidur di stesen bas.. Saya terkejut (selepas mendengar perkara itu), dan saya tidak boleh suruh dia balik ke stesen bas.
“Saya minta dia mula bekerja hari ini (2 Januari), dan dia juga belum makan lagi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Lebih menyentuh hati, ketika Les meminta kad pengenalan Mohd Suffian untuk urusan dokumen pekerjaan, beliau sempat melihat hanya duit kertas RM1 sahaja berada di dalam dompet lelaki yang berasal dari Beaufort, Sabah itu.
“Jadi, saya rasa kalau dia tak bekerja, sudah berapa hari dia tak makan? Apabila dia keluarkan kad pengenalan, saya nampak dalam dompetnya hanya tinggal RM1.
“Jadi, saya fikir kalau suruh dia balik sekarang, (dengan hanya berbekal) RM1 itu, memang tak boleh buat apa, mahu tunggu hari Isnin? Dia kena tidur sana (stesen bas) dan mungkin hari Isnin itu dia tak akan datang atau sesuatu akan terjadi kepadanya,” kongsi Les lagi.
Bercerita lebih lanjut, Les berkata sebelum ini Mohd Suffian pernah bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur dan di sebuah gerai, namun kehilangan pekerjaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mohd Suffian berhasrat mencari rezeki di Pulau Pinang, namun terpaksa membatalkan niatnya kerana kekangan kewangan.
“Dia (Mohd Suffian) kata sudah sampai Melaka dua, tiga hari (sebelum 2 Januari)… Dia nak pergi tempat lain untuk cari kerja, tetapi dia hanya cukup duit untuk beli tiket bas ke Melaka sahaja. Jadi, dia pilih datang ke Melaka.
“Saya terus bayar duit sewa untuk bilik, dan beritahu dia hari ini you tak payah lagi tidur di stesen bas. Saya suruh datang kerja dan bagi dia sikit duit belanja untuk makan,” katanya sambil menambah Mohd Suffian menyewa bilik bersama seorang lagi kakitangannya.
GAMBAR IHSAN LEE CHEE SENG
Ditanya kenapa beliau nekad membantu Mohd Suffian, Les berkata, beliau pernah merasai pengalaman dan keperitan sama apabila tidak mempunyai tempat untuk tidur.
Isteri Les turut memberikan pakaian anak mereka untuk dipakai oleh Mohd Suffian sementara mereka membeli pakaian baharu.
Ketika ini, beberapa individu turut tampil membantu Mohd Suffian termasuk membelikan kasut kerja.
Apa yang mengagumkan, walaupun perniagaan Les juga terkesan akibat COVID-19, namun beliau tekad memastikan sembilan kakitangannya tidak kehilangan sumber pendapatan.
Selain menguruskan stesen minyak, Les menampung kos perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan mencuci kenderaan dan menjual buah-buahan di stesen minyak berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!