Foto atas : Datuk Seri Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak (2 dari kanan) dan Ahmad Saifulzaman (kanan sekali) di program itu hari ini.
SK Bukit Piatu Go Green 2023.
BENTONG – Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu (SKBP) dan Ahli Majlis Perbandaran Bentong mengadakan program Go Green Community dan SKBP 2023, hari ini.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak,berkata, program ini adalah satu usaha mendidik masyarakat dan murid agar sentiasa peka dengan penjagaan, menghargai dan mencintai alam sekitar ke arah kehidupan sejahtera, mampan dan lestari.
“Pengisiannya adalah untuk mendidik dan menarik minat golongan untuk menjadikan pertanian sebagai satu industri.
“Menerusi program ini, sebanyak 11 agensi telah menandatangani perjanjian persefahaman, jalinan, jaringan dan kerjasama termasuk SKBP,” katanya.
Guru Besar SKBP, Ahmad Saifulzaman Abd. Rahim berkata, Syarikat Gold Farm Resources turut bermurah hati menyumbangkan sebuah ‘Rumah Hijau’ bagi tujuan membantu menjayakan program tersebut.
“Program ini salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berkaitan persekitaran dan alam sekitar yang wajar dihayati oleh generasi muda.
“Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Imunisasi Kebangsaan untuk memastikan bayi dan kanak-kanak dilindungi daripada penyakit berjangkit
RAUB – Program Imunisasi Kebangsaan untuk memastikan bayi dan kanak-kanak dilindungi daripada penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dan memastikan agar golongan muda negara dapat membesar dengan sihat seterusnya menjadi generasi yang menyumbang kepada kejayaan negera di masa hadapan.
Datuk Dr Nor Azimi Yunus (kanan sekali) di Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Minggu Imusasi Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Kompleks Sukan Dong, Raub, hari ini.
Program Imunisasi Catch-Up Pneumokokal merupakan satu program perluasan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019, iaitu kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun ketika ini.
Pengarah Kesihatan Negeri , Jabatan kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan ke atas, di mana ketika ini mereka ini telah pun mencapai usia 3 tahun.
“Bermula pada 1 Januari 2020, Vaksin Pneumokokal ini telah ditambah sebagai salah satu vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (National Immunisation Program – NIP).
“Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang imunisasi sebagai intervensi kesihatan awam yang paling kos efektif, serta mempromosikan penggunaan vaksin sebagai perisai bagi melindungi masyarakat daripada penyakit cegahan vaksin, bukan sahaja kepada bayi dan kanak-kanak tetapi kepada semua individu,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Minggu Imusasi Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Kompleks Sukan Dong, Raub, hari ini.
“Majlis sambutan ini, sebagai memberi hebahan dilaksanakan termasuklah seminar imunisasi, pameran kesihatan secara interaktif dan hebahan maklumat berkaitan imunisasi melalui pelbagai medium.
“Pemberian imunisasi ini adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar imunisasi pneumokokal dapat diperluaskan kepada kanak-kanak bawah 5 tahun, yang tidak pernah menerima vaksin pneumokokal lagi,” katanya.
Katanya, ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak di bawah jagaan, warganegara Malaysia, yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019, untuk mendapatkan vaksin pneumokokal ini, secara percuma.
“Ibu bapa juga boleh membuat tempahan janji temu bagi mendapatkan vaksin pneumokokal Catch-Up melalui panggilan telefon ke fasiliti kesihatan yang disebutkan menggunakan aplikasi MySejahtera.
“Rebutlah peluang ini untuk meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan penumokokal secara khususnya dan jangkitan penyakit yang dilindungi oleh vaksin vaksin lain,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tengkorak manusia berusia 10,000 tahun ditemui di Perlis
Fosil tulang dan tengkorak manusia berusia sekitar 5,000 tahun hingga 10,000 tahun ditemui di Bukit Keteri, di Perlis pada Oktober 2021 lalu. Penemuan itu membuktikan Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah ribuan tahun dahulu.
Selain tengkorak manusia, hasil eksplorasi Jabatan Warisan, Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Pendaki Negeri Perlis turut menemui lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.
Fosil tulang dan tengkorak manusia berusia sekitar 5,000 tahun hingga 10,000 tahun ditemui di Bukit Keteri, di Perlis pada Oktober 2021 lalu. Penemuan itu membuktikan Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah ribuan tahun dahulu.
Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohd Azmi Mohd Yusof, berkata penemuan itu adalah penemuan sejarah yang terbaharu, selain penemuan bahan sejarah lain seperti candi Lembah Bujang di Kedah serta di Kelantan.
“Ini adalah penemuan terbaharu dari negeri Perlis dan satu penemuan yang amat baik bagi kita untuk merangka kronologi sejarah. Daripada lukisan ini, kita dapat lihat lukisan berbentuk binatang seperti lembu, gajah, ular, mawas serta manusia.
“Kita percaya ia mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga ke-10 Masihi, berdasarkan kajian lalu yang dibuat di sekitar gua di Perlis, kawasan gua di Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu.
“Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul pula digunakan sebagai tapak penempatan dan pengkebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan penemuan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah.
“Kita percaya kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto sejarah berdasarkan artifak seperti kalam semah (votive tablet) yang turut ditemui di kawasan itu,” katanya selepas melakukan eksplorasi arkeologi di Bukit Keteri dan Gua Semadong pada 14 Oktober tahun lalu.
Mohd Azmi berkata, penemuan itu amat penting dalam merangka kronologi sejarah. Dia juga berharap semua masyarakat, sama-sama menjaga warisan tersebut supaya mereka dapat membuat kajian lanjut.
“Apa yang penting sekarang, adalah untuk mewartakan tapak penemuan ini sebagai lokasi sejarah supaya ia tidak diceroboh atau dimusnahkan oleh orang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon agar orang ramai mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005) (Akta 645) dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah kepada Pegawai Daerah atau Pesuruhjaya Warisan seperti yang termaktub dalam Seksyen 47 AWK 2005.
Sumber : Sengatdaily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Grab berhadapan boikot selepas rider tegur warga Singapura dakwa digantung
KUALA LUMPUR – Syarikat Grab berhadapan dengan pemboikotan selepas media melaporkan penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak RON95 menggunakan tong digantung perkhidmatan.
Rata-rata pengguna di media sosial terutama di Twitter mengugut mahu memadam aplikasi syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan itu di telefon masing-masing sekiranya dakwaan tersebut benar.
“Adakah ini benar @GrabMy? Mana boleh buat macam tu? Anda sepatutnya memberi anugerah dan bukannya menamatkan akaunnya! Anda patut berbangga mempunyai kakitangan seperti beliau yang mempertahankan negara kita!” kata @Gregory_Cheong.
“Salam @GrabMY sila sahkan berita bahawa akaun rider ini telah digantung. Jika benar, saya akan uninstall apps Grab serta merta. Terima kasih,” komen @SyedAkramin.
“Jika ini benar, saya akan berhenti menjadi ahli platinum setia anda,” kata @Bigsnorlax1985.
“@GrabMY jika ini benar maka tiada sebab untuk kami menyokong anda. Keputusan berat sebelah,” komen @AraYacob.
“Seriuslah? Boikot je lah Grab ni. Banyak lagi food delivery lain ada! Rider tu tak bersalah pun,” kata @marshimerrow
“@GrabMY kau cari makan dengan rakyat Malaysia tapi kau backup negara sebelah. Ok wajib diboikot sebab kau tutup punca rezeki rider Grab ni,” @kviaiden.
“@fahmi_fadzil, Yang Berhormat minta tolong jasa baik untuk siasat perkara ini jika terdapat sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh @GrabMY,” Izul.
Sebelum itu media melaporkan, penghantar makanan yang menegur dua warga Singapura mendakwa kehilangan kerja selepas akaun Grab miliknya digantung sejak semalam.
Menerusi perkongsian video di laman Tiktok atas nama matkibot, lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berkata, akaun aplikasi pintarnya telah digantung sejak pukul 6 petang semalam.
“Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.
“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan.
“Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak),” katanya.
Lelaki itu berkata, dia mengambil pendirian berani kerana benar selain mendakwa tidak bersalah selain periuk nasinya dihalang dua individu.
Sejak kelmarin, tular video pendek berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.
Menerusi rakaman itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang rider berkenaan.
Pertelingkahan hampir 10 minit itu bagaimanapun berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian.
Sumber : MalaysiaGazette
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Suami isteri maut, tiga anak cedera, Myvi kemalangan dengan treler
Gerik: Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, di sini, hari ini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Che Ros Che Hassan berkata, nahas turut menyebabkan kecederaan kepada tiga penumpang lain Perodua Myvi dinaiki pasangan itu yang kesemuanya kanak-kanak.
Beliau berkata, panggilan kejadian diterima jam 1.10 tengah hari tadi dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.
Katanya, nahas membabitkan Perodua Myvi dengan sebuah lori treler muatan simen namun pemandu treler selamat.
“Terdapat lima mangsa menaiki Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri selain tiga kanak-kanak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
“Dua mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan di tempat kejadian. Lelaki yang memandu treler berkenaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi bomba tamat jam 2.45 petang.
Sumber : Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Seri Wan Rosdy menyantuni murid Orang Asli di Karnival Buku Sungai Koyan di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan dekat sini.
Tingkat amalan membaca masih rendah -MB Pahang
LIPIS – Amalan membaca di kalangan rakyat negara ini dianggap masih rendah sekali gus agak sukar mengeluarkan idea atau pendapat yang baik dalam membantu membangunkan negara sebagai satu kuasa dunia.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, budaya gemar membaca buku dalam kalangan rakyat negeri ini perlu dipertingkatkan untuk menggelakkan risiko negeri dan negara kurang berilmu dan sukar mengeluarkan idea atau pendapat yang baik
“Walaupun tidak mempunyai statistik yang lengkap tahap amalan membaca masih rendah, tidak dinafikan amalan ini hanya memperuntukan masa yang singkat dengan membaca akhbar, majalah dan buku teks bagi pelajar.
“Amalan membaca dalam kalangan dewasa agak rendah kerana kesibukan tugas dan sebagainya, di era sekarang dan masing-masing memiliki peralatan gajet untuk memperoleh maklumat serta mengisi masa bersantai,” katanya di Karnival Buku Sungai Koyan di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan dekat sini.
Katanya, kecualikan kepada pelajar yang berusia antara 15 hingga 17 tahun, mereka membaca bertujuan untuk menghadapi peperiksaan.
“Gajet elektronik boleh diperloleh pelbagai maklumat menerusi membaca, tetapi buku sejak sebelum ini mempunyai keistimewaan serta kelebihan seperti padat dengan fakta sesuatu tajuk dan dilengkapkan dengan fakta, mudah diperoleh di perpustakaan atau kedai, murah dan disimpan di rumah untuk rujukan keluarga.
“Sehingga ini mengikut kajian purata rakyat membaca buku antara enam hingga tujuh muka surat sehari dan anggaran 15 buah buku setahun termasuk membaca al-Quran,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai meminta rakyat negeri menghidupkan budaya Iqra selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan serta dapat menyampaikan pendapat dan buah fikiran yang bernas dan kritis.
“Membaca buku juga kita dapat menjangkau pengetahuan daripada masa lalu, memahami dunia persekitaran kita dan membayangkan apa yang berlaku pada masa akan datang atau futuristik.
“Ibu bapa di rumah merupakan teladan yang terbaik untuk mencanai minat anak membaca buku bukan sahaja untuk lulus pepriksaan, tetapi menambah pengetahuan termasuk mendalami al-Quran untuk menguatkan iman dan takwa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mayat mangsa yang terjatuh dan lemas dalam jarak 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan.
Warga emas maut ketika luncur udara
Bachok: Keseronokan dua warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6.50 petang semalam, mangsa, berusia 60 tahun meninggal dunia manakala rakannya, yang juga pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka terjatuh ke dalam laut di Pantai Irama, di sini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua mangsa dipercayai rakan sekampung.
Katanya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan.
“Sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut.
“Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang m@ngsa,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Khairi berkata, bagaimanapun salah seorang lagi mangsa, yang berusia 60 yang juga penumpang tenggelam dan dijumpai dalam kedalaman kira-kira tiga meter.
Katanya, mayat mangsa yang lemas diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan kemudian.
Sumber : Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Notis larang tutup jalan semasa sambutan Aidil Adha
LIPIS – Tiada sebarang kerja pembinaan dan penyelengaraan yang melibatkan penutupan lorong jalan raya bermula 24 Jun hingga 2 Julai ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dilarang sama sekali penutupan dan penyelenggaran lorong kecuali kerja kes kecemasan.
“Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi bakal berlaku ketika musim perayaan sambutan hari raya Aidil Adha.
“Diharap pengguna laluan pula mematuhi arahan dan menjaga keselamatan masing-masing,” katanya melalui lama facebook beliau.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LTU Pakej 5B dan 5A siap, pengguna tidak perlu lalu bandar Raub
RAUB – Pengguna laluan jalan raya dari ibukota menghala ke Kota Bharu, Kelantan tidak perlu lagi melalui bandar Raub dengan jarak perjalanan melebihi 30 km dan mengambil masa lebih 45 minit.
Abdul Rahman meninjau lalauan yang bakal digunakan
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, siapnya Lebuhraya Tengah Utama (LTU) atau CSR Pakej 5B dan Pakej 5A (Persimpangan Krau), ia akan memendekkan perjalanan ini.
“Bermula dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarak perjalanan hanya 18.6 km yang mengambil masa 15 minit sahaja.
“Pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyegerakan pembukaan yang sepatutnya siap pada Disember 2023.
Katanya, Alhamdulillah berkat kerja keras semua pihak, jalan ini dapat disiapkan dan boleh dilalui sebelum hari raya Aidil Adha tahun ini.
“Persiapan terakhir sedang dilakukan sebelum pembukaan jalan Persimpangan Krau (Raub) sempena sambutan hari raya Aidil Adha.
“Kepada semua pengguna LTU yang akan balik kampung ke Pantai Timur diharap menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin dan menjaga keselamatan masing-masing,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Jalan sedia ada yang bakal bersambung dengan jalan baharu ke Kampung Pasir Raja, Dungun.
Penduduk Ulu Tembeling kecewa pembinaan jalan raya ke Kampung Pasir Raja, Dungun dihentikan
JERANTUT : Kira-kira 2,000 penduduk Ulu Tembeling kecewa kerana projek pembinaan jalan dari Kampung Mat Daling ke Kampung Raja, Dungun dihentikan serta merta sejak minggu lalu.
Sebahagian penduduk Kampung Mat Darling yang ditemui, mahu pembinaan jalan itu diteruskan.
Pembinaan projek jalan dua lorong (single carriageway) dengan lebar 6.5 meter dan berturap, sepanjang kira-kira 50 kilometer itu yang sudah mula dengan pembersihan kawasan pada akhir tahun lalu dan dijangka siap pada tahun 2024.
Hasrat penduduk 6 kampung, kampung Kuala Tahan, Kg Kuala Sat, Kg Pagi, Kg Bantai, Kg Gusai dan Kg Mat Daling tidak kesampaian untuk menikmati pembangunan jalan raya yang selesa.
Pembinaan projek pembinaan jalan itu di Hutan Kerajaan Gunung Aais di Kompartment/Subkompartment 81,82,87,88 dan 89 Blok A yang sedang dalam proses pembinaan dihentikan serta merta.
Sebahagian jalan yang dibina menghala ke jalan utama Kampung Mat Darling-Kampung Pasir Raja, Dungun.
Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JKKP) Mat Daling, Wan Mohd Sahaimi Wan Ishak, 52, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan kerja pembinaan jalan itu dihentikan serta merta.
“Saya diberitahu oleh seorang pekerja yang sering makan di kedai makan di kampung ini memaklumkan kerja pembinaan jalan dihentikan dan hampir semua jentera sudah dipindah keluar dari kawasan projek pembinaan.
“Setakat ini, difahamkan sudah 10 kilometer laluan jalan itu ke sempadan Terengganu telah dibersihkan untuk meneruskan pembinaan jalan dan kami berasa amat kecewa sekiranya projek ini dihentikan,” katanya ketika ditemui.
Katanya, kami mahukan projek ini diteruskan dan sekiranya jalan direalisasikan akan menjana pendapatan kami untuk memudahkan pengeluaran hasil pertanian dan pastinya meningkatkan kehadiran pelancongan ke sini.
Peta laluan yang bakal dibina tetapi dihentikan serta-merta.
Katanya, selain itu, jalan tersebut memudahkan perhubungan penduduk Ulu Tembeling ke Pasir Raja, Dungun yang mempunyai ikatan persaudaran dengan penduduk Kampung Mat Daling, Kampung Bantal dan kampung Gusai sejak lama dulu.
Penduduk Kampung Bukit Mat Daling, Wan Putera Wan Abd Raffar, 59, berkata, pemberhentian projek jalan raya ini, penduduk kampung Mat Daling dinafikan hak untuk menikmati pembangunan seperti zaman 1980an tanpa kemudahan jalan raya yang baik.
“Saya hairan tiba-tiba projek pembinaan jalan diberhentikan sedang jalan raya dari Kampung Tuit ke Kuala Sat hingga penghujung masuk ke kampung kami sudah dibina sejak 10 tahun lalu dan kini kerja penyelenggaran sudah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya.
“Kini pembinaan jalan raya kira-kira 50 kilometer yang disambungkan jalan sedia ada ke sempadan Terengganu di Kampung Pasir Raja, tiba-tiba pihak kerajaan memberhentikan kerja pembinaan jalan ini, “ katanya.
Katanya, difahamkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat sewajarnya meneliti semula dan meneruskan pembinaan jalan untuk memberikan manfaat kepada penduduk Ulu Tembeling dan penduduk negeri ini dan penduduk Terengganu.
“Pembinaan jalan ini dapat memendekkan perjalanan dan masa dari Jerantut ke Dungun serta dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
“Selain itu penduduk di sini sudah mula merancang untuk membina kedai makan, rumah inap desa berdekatan jalan baharu untuk menjana ekonomi keluarga dan setempat,” katanya.
Katanya, sekiranya projek jalan ini diteruskan, peluang pekerjaan bakal dicetuskan dan golongan muda tidak perlu keluar merantau untuk mencari pekerjaan, mereka bakal membuka gerai makan, rumah inap desa dan bagi yang mempunyai modal besar boleh membuka stesen minyak.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!