Mantan Timbalan Ketua Puteri UMNO nafi keluar parti
Mantan Timbalan Ketua Puteri UMNO nafi keluar parti
JERANTUT – Khabar angin tersebar luas di kalangan orang parti dan orang awam yang mengenali beliau menyatakan mantan Timbalan Ketua Puteri Umno Pahang itu akan keluar daripada parti keramat orang Melayu itu.
Mantan Timbalan Ketua Puteri Umno Pahang itu, Datuk Hartini Abdul Abdul Rahman (51) berkata ketika ditemui menafikan khabar angin itu dan kemungkinan besar ada pihak yang mahu mengeruhkan keadaan dalam parti Umno bahagian Jerantut atau cuba membuat spekulasi terhadap diri beliau.
Katanya, beliau memegang jawatan (Ketua Puteri) Umno Bahagian Jerantut selama tiga penggal dan berehat seketika selepas beliau sudah cukup tempoh untuk memegang jawatan itu.
“Saya tidak aktif selepas melepaskan jawatan ketua puteri di UMNO Bahagian Jerantut dan menumpukan perhatian kepada perniagaan.
“Tahun lalu saya cuba bertanding semula untuk jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Jerantut tetapi tewas dengan ‘orang saya’ yang pernah bersama-sama berada dalam pasukan Puteri Jerantut,” katanya ketika ditemui di Perumahan Banjir, Kampung Teh, hari ini.
Katanya, khabar angin itu seolah-olah mahu mengapi-apikan dirinya dengan kepimpinan Umno Bahagian sekarang yang semua adalah sahabat yang saya kenali.
“Buat apa saya keluar Umno, sedangkan saya membesar dan menimba pengalaman kepimpinan melalui parti ini sejak berusia 28 tahun dan ketika itu bawah kepimpinan bekas Ahli Parlimen Jerantut dan juga ketua Umno Bahagian ini , Datuk Tengku Azlan ( Sultan Haji Abu Bakar).
“Saya juga terkejut dengan khabar angin ini, saya juga ada dihubungi oleh beberapa pihak sejak petang semalam,” katanya.
Katanya, beliau berhasrat untuk terus berada dalam Umno untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat seperti yang pernah dilakukannya semasa menjawat jawatan Ketua Puteri Bahagian Jerantut dan Pahang serta pernah dilantik sebagai seorang jawatankuasa Puteri Umno Malaysia.
“Ketika ini saya dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Cawangan Kampung Batu Embun/ Kampung Teh bersama ibu saya yang meneraju cawangan ini dan sedang menyusun program untuk merapatkan hubungan masyarakat setempat.
“Selain itu program yang bakal diadakan itu sebagai satu usaha menarik orang muda di peringkat akar umbi untuk terus bersama-sama berjuang dalam parti,” katanya.
Katanya, UMNO Bahagian Jerantut, khususnya Puteri (UMNO) disarankan bekerja keras dan menyusun program mula sekarang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
“Jangan lakukan kerja ‘last minute’, ini akan memberi kesan yang tidak baik untuk mengembalikan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut yng pernah disandang sebelum ini.
“Kita kena rebut semula semua kerusi yang pernah menjadi hak UMNO /BN sebelum terlepas pada PRU 14 dan PRU 15 lalu,” katanya.-END
Katanya, beliau sedih AJK Bahagian tidak memainkan peranan serta bersungguh untuk mengembalikan kekuatan UMNO seperti yang pernah diterajui bekas Ketua UMNO lalu, iaitu Datuk Ahmad Kamaruzaman Baria, Datuk Tengku Azlan Sultan Abu bakar, Datuk Ahmad Nazlan Idris serta pemimpin sebelum itu. – SAHIH.